blog kali ni aku tak rasa nak reveal pada ramai orang. biarlah tak ramai yang tahu blog baru aku ni. lagi senang aku nak bekarya.
segala luahan rasa aku boleh dedahkan di sini. nak kutuk sapa pun, dah jadi hak aku. bukan hak orang ramai lagi.
ini negara demokrasi. apa saja ketidak puasan hati boleh diluahkan dengan pelbagai medium, tak kisah la medium media, audio atau pun video.
susah bila ramai yang tahu. bila tulis sikit ada la yang terasa hati.rasa diri dipermainkan dan pelbagai lagi. tahukah kalian, yang blog ini dicipta hanya untuk manusia meluahkan rasa hati mereka? mengapa mesti mempertikaikan apa saja yang ditulis? setiap manusia ada rasa dan semuanya bebas untuk menzahirkan rasa mereka.
aku tahu ramai blogger yang kena kutuk, marah, maki hamun dek kerana menulis diblog. kenapa mesti marah, itu rasa mereka?
aku harap lepas ni, tak de sapa yang mempersoalkan apa yang tercoret di sini. ini kawasan aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
i do agree with you dik. blog tempat luahkan perasaan yang orang lain tak perlu sangat nak tau dan nak endah. Akak tumpang simpati atas ujian yang menimpa. Semoga terus tabah.
Post a Comment